SBC/CIR/133/2020
27th October, 2020

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

Surat Pemakluman Terkini Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor – Temujanji Pungutan-Biometrik & PMT Projek

QR Code E-Temujanji Pungutan Perserahan Tanah (Landed)

QR Code E-Temujanji Biometrik & Perserahan Projek

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

YBhg. Dato'/Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN TERKINI BERKAITAN KAEDAH TEMUJANJI PUNGUTAN DOKUMEN PERSERAHAN TANAH (LANDED) DAN JUGA TEMUJANJI BIOMETRIK PINDAH MILIK TANAH (NILAIAN MELEBIHI RM5 JUTA) SERTA PERSERAHAN PINDAH MILIK PROJEK (MELEBIHI 50 PERSERAHAN)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan juga surat pemakluman operasi perkhidmatan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) dengan rujukan Bil. (1) dlm.PTGS/BPH/10/31/99(LG)Jld.2 bertarikh 21 Oktober 2020 juga adalah berkaitan.

2. Seperti semua sedia maklum, pihak pentadbiran ini telah melaksanakan kaedah temujanji bagi pungutan dokumen perserahan tanah (landed) bermula pada Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 14 Oktober 2020 sehingga kini bertujuan untuk mengawal jumlah kehadiran pelanggan yang berurusan atas faktor mengekang penularan wabak Covid-19 terutamanya di Negeri Selangor.

3. Melalui kaedah sebelum ini, wakil firma atau penyerah perlu hadir dan mengisi borang tempahan tarikh temujanji pungutan secara manual di kaunter yang disediakan oleh pejabat ini, dimaklumkan sehingga 30 Oktober 2020 (Jumaat) slot temujanji pungutan dokumen perserahan telah penuh sehingga tempoh tersebut.

4. Selain itu juga, pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) telah melaksanakan penggunaan Sistem E- SELAMAT bagi setiap urusan Pindah Milik Tanah (PMT) yang melibatkan nilaian hartanah melebihi RM5,000,000.00 juta dan ke atas. Pelaksanaan ini bertujuan untuk mengawal sebarang cubaan berlakunya unsur-unsur penipuan di dalam transaksi tersebut. Bagi tujuan itu setiap Pemberi dan Penerima pindahmilik perlu hadir ke pejabat ini untuk mengimbas cap jari dan dokumen pengesahan yang dikeluarkan perlu dilampirkan bersama borang 14A (Borang Pindahmilik Tanah) dan seterusnya diserahkan di pejabat ini untuk didaftarkan.

5. Dalam usaha untuk mempercepat dan mempermudahkan urusan pendaftaran berkaitan perserahan projek yang melibatkan jumlah perserahan melebihi 50 perserahan atau lebih daripada 50 hakmilik tanah,pejabat ini telah memutuskan supaya pihak yang terlibat dengan perserahan projek ini, perlu membuat temujanji terlebih dahulu bagi tujuan semakan perserahan tersebut sebelum pembayaran di buat. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kesilapan yang akan melambatkan proses pendaftaran perserahan projek berkenaan.

6. Berikutan daripada tiga (3) perkara di atas, pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) telah mewujudkan dua (2) templete e-form (Google Form) bagi tempahan slot "E-Temujanji" bagi tujuan "Temujanji Pungutan Dokumen Perserahan Hakmilik Tanah (Landed)" dan juga "Temujanji Biometrik PMT Nilai Lebih RM5 juta & Perserahan Projek". Kesemua e-form ini akan boleh mula diakses oleh pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan pada 28 Oktober 2020 (Rabu) mulai jam 2.00 petang untuk tempahan slot bagi bulan November 2020.

7. Bersama-sama ini disertakan dua (2) lampiran QR Code untuk e-form yang berlainan urusan seperti di atas bagi tujuan pengimbasan dan pengisian slot temujanji oleh pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan. Juga dimaklumkan bahawa slot yang disediakan adalah terhad mengikut waktu koperasi kaunter perkhidmatan PTGS sepanjang tempoh PKPB ini.

8. Pelaksanaan kesemua kaedah perkhidmatan baru ini adalah sebagai langkah pencegahan berterusan untuk membendung penularan wabak Covid-19 demi untuk keselamatan bersama.

9. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Tuan /Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Mohamad Hazrin bin Zakaria
Bahagian Pendaftaran Hakmilik
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor

RECENT POSTINGS

Events with CPD points