SBC/CIR/057/2021
27th May, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Pelaksanaan Sistem e-Janji Temu Bagi Perserahan Urusniaga Dan Bukan Urusniaga Di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL)

Panduan Pengguna Sistem e-Janji Temu

Soalan Lazim(FAQ) Berkaitan Pelaksanaan e-Janji Temu Bagi Perserahan Urusniaga Dan Bukan Urusniaga Di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL)

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk perkara di atas.

2. Berikutan pengumuman Kerajaan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah diperketatkan berdasarkan kepada situasi semasa pandemic COVID-19, oleh yang demikian pengoperasian Kaunter Bahagian Pendaftaran di PPTGWPKL akan beroperasi secara terhad menggunakan Sistem e-Janji Temu di Portal Awam e-Tanah yang boleh dicapai melalui https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/. Permohonan dibuka kepada pelanggan mulai 24 Mei 2021 seperti ketetapan berikut:

2.1 WAKTU OPERASI KAUNTER: 8:00 PAGI HINGGA 2:00 PETANG

2.2 Slot Temujanji: 80 (setiap firma terhad kepada empat (4) slot sahaja setiap hari)

2.3 Bilangan Bundle Perserahan: 2 bundle bagi setiap slot dimohon

3. Para pelanggan yang hadir ke premis PPTGWPKL adalah diwajibkan untuk mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut berkenaan manual pengguna dan soalan lazim berhubung Sistem e-Janji Temu. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Sistem e-Janji Temu boleh hubungi Meja Bantuan Sistem e-Tanah di talian 03-2693 6429 / 03-2610 3337.

4. Pentadbiran ini turut ingin memaklumkan bahawa semua operasi perkhidmatan secara online yang melibatkan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik,
Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTGWPKL serta gerbang Single Window Search (SWS), dan para pelanggan adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

5. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

nls
(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404 | Fax: 03-2610
✉: laili@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points