SBC/CIR/142/2019
30th January, 2020

Members and Chambering Pupils of the Selangor Bar,

Kindly be informed that Puan Nurul Muhaniza Binti Hanafi, the Chairlady of the Conveyancing Sub-Committee had a meeting with the Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan and his officers on 23rd January 2020.  

The Selangor Bar Committee has received a notification from Puan Nor Azura Binti Abdul Rahman, Chief Assistant Director of the Wilayah Land Office regarding the above.

The said notification is reproduced below.

Members and pupils are advised to take note and be guided accordingly.

Thank you.

Secretariat,
Selangor Bar Committee
_________________________________________________________________________

Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Susulan perjumpaan pihak Puan bersama YBhg. Dato’ Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan pada 23 Januari 2020, berikut adalah perkara baharu berkaitan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) yang dimaklumkan di dalam mesyuarat tersebut.

1.  Penolakan perserahan pindahmilik tanah yang sedang diproses permohonan pembangunan tanah.  Pejabat ini menolak perserahan bagi hakmilik yang mempunyai endosan nota permohonan berkaitan pembangunan tanah.

2.  Pengecualian Kebenaran Menggadai bagi perserahan Gadaian yang dikemukakan bersama borang Perakuan Jualan (Borang 161 dan 16F).

3.  Permohonan Tukar Alamat oleh tuanpunya berdaftar boleh dikemukakan tanpa dokumen hakmilik keluaran asal bagi hakmilik yang mempunyai gadaian berdaftar.

4.  Bayaran RM50 ditetapkan bagi permohonan pembetulan Surat Kebenaran atas sebab kesilapan pengisian borang permohonan.

Selain itu, pihak Jawatankuasa Kecil Conveyancing, Jawatankuasa Peguam Selangor telah mengusulkan beberapa perkara berbangkit dan telah dipersetujui di dalam mesyuarat, iaitu:-

1.  Alamat pada perenggan 4 Borang Kaveat Persendirian (19B) hendaklah dicatatkan alamat Persekutuan (alamat di Malaysia).

2.  Surat firma hendaklah menyatakan nama peguam yang menandatangani surat.

3.  Dokumen yang disertakan bagi permohonan Kebenaran hendaklah berdasarkan senarai semak yang terkini.

Senarai semak boleh dirujuk di http://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/consent-main.

Kerjasama tuan/puan dimohon untuk membuat hebahan berhubung perkara ini.

 

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

Nor Azura binti Abdul Rahman

Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR 

RECENT POSTINGS

Events with CPD points