SBC/CIR/148/2020
23th November, 2020

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

Notis Pemberitahuan Penutupan Premis Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Notis Pemberitahuan Pelanjutan Penutupan Premis Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL)

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,
 

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee
  
________________________________________________

Salam Sejahtera

PEMBERITAHUAN PELANJUTAN PENUTUPAN PREMIS PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTGWPKL)  

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Merujuk kepada surat Pemberitahuan Penutupan Premis PPTGWPKL dengan nombor rujukan PTG/WP16/134(88) bertarikh 12 November 2020, adalah dimaklumkan bahawa penutupan premis PPTGWPKL  akan dilanjutkan sehingga Selasa, 24 November 2020. Pelanjutan penutupan ini dibuat berikutan masih terdapat sebahagian pegawai dan kakitangan di Pentadbiran ini yang terlibat dengan kuarantin kendiri (home quarantine) serta perlu menjalani ujian saringan COVID-19 untuk kali kedua. Operasi kaunter dan premis PPTGWPKL dijangka akan dibuka semula pada Rabu, 25 November 2020.

3. Sehubungan dengan itu, perkara-perkara yang telah dimaklumkan di dalam surat terdahulu masih berkuatkuasa sehingga tarikh pelanjutan penutupan ini.

4. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

             nls
(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404  
✉: laili@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points