SBC/CIR/082/2022
29th August, 2022

Dear Members and Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Makluman Operasi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wp Putrajaya - Tanpa Tunai Sepenuhnya Bermula 1 September 2022

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

__________________________________________________________________________________

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan kepada YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) telah melaksanakan Operasi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Tanpa Tunai Secara Berjadual (Selasa dan Khamis) sepanjang tempoh Februari - Julai 2022.
Ini adalah bagi memudahkan urusan operasi terimaan dan pelanggan PPTGWPPj. Pelaksanaan tersebut telah diterima dengan baik dan positif di kalangan pelanggan PPTGWPPj.

3. Berdasarkan input yang diterima, PPTGWPPj akan melaksanakan Operasi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Tanpa Tunai Sepenuhnya 2022 bermula 1 September 2022 (rujuk notis seperti di Lampiran) untuk makluman dan rujukan pihak berkaitan semasa berurusan dengan PPTGWPPj.

4. Sehubungan itu, dimohon pihak YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk berkongsi, mengedar dan memaklum perkara tersebut kepada pihak-pihak berkaitan bagi memudahkan urusan merancang dan menyelaras proses kerja serta urusan dengan PPTGWPPj mengikut ketetapan yang disediakan. Ini bagi mengelakkan urusniaga dan bukan urusniaga tidak dapat dilaksanakan seterusnya menyebabkan kelewatan dan denda kepada transaksi berkaitan.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

(FARHAN BIN HASSAN)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran, Hakmilik dan Hasil
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras G, Blok 2
Menara Seri Wilayah, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel: 03-8889 7778 | Fax: 03-8881 1804
✉: farhan@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points