SBC/CIR/011/2022
28th March, 2022

Dear Members and Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Penyelarasan Penggunaan Sistem eTanah PPTGWPPj

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg Datuk/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas

2. Adalah dimaklumkan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) telah melancarkan sistem eTanah pada 29 Oktober 2021. Ini membolehkan semua perkhidmatan dan urusan bayaran kepada Pejabat ini diakses dan dilaksanakan secara atas talian bermula tahun 2022.

3. Dengan penggunaan sistem ini, beberapa perubahan telah dilaksanakan bagi menyesuaikan urusan bersistem atas talian sistem tersebut seperti Mod Terimaan Bayaran Permohonan/ Perserahan/ Cukai Tanah dan Kaedah Bayaran Urusan Berangkai. Sehubungan itu dipanjangkan perincian berkaitan seperti di Lampiran 1 untuk makluman dan tindakan pihak-pihak berkaitan semasa berurusan dengan PPTGWPPj.

4. Sehubungan itu, dimohon pihak YBhg Datuk/Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan untuk berkongsi, mengedar dan memaklum perkara tersebut kepada pihak-pihak berkaitan bagi memudahkan urusan merancang dan menyelaras proses kerja serta urusan dengan PPTGWPPj mengikut ketetapan yang disediakan. Ini bagi mengelakkan urusniaga dan bukan urusniaga tidak dapat dilaksanakan seterusnya menyebabkan kelewatan dan denda kepada transaksi berkaitan.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/ Tuan/ Puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,
(FARHAN BIN HASSAN)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran, Hakmilik dan Hasil
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras G, Blok 2
Menara Seri Wilayah, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel: 03-8889 7778 | Fax: 03-8881 1804
e: farhan@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points